CERIA... Omar (dua dari kiri) melihat baju raya bersama Wahab (kiri) serta ahli keluarga lain.
KUALA LUMPUR: “Aidilfitri kali ini sungguh bermakna kerana selepas 30 tahun menyambut lebaran ibarat anak yatim, tahun ini saya dapat berkongsi kegembiraan sebagai seorang bapa dan anak sekali gus.
“Memang terkilan kerana pertemuan kami tidak dapat disaksikan adik perempuan yang meninggal dunia 10 tahun lalu, tapi sekurang-kurangnya anak dan anak saudara saya masih sempat menatap wajah datuk mereka,” kata Abdul Wahab Omar, 49.
Dia yang terpisah dengan bapa kandung, Omar Muhammad, 82, tidak pernah mengimpikan untuk mengucup semula tangan ayahnya pada hari lebaran, terutama selepas mereka terpisah ketika dia berusia 19 tahun dan kematian ibu pada awal 1990-an.
Menurutnya, selepas ketiadaan ibu dan bapa tiri, dia umpama hilang arah dan berusaha mencari bapa kandung, namun gagal hinggalah dia terbaca laporan Harian Metro 27 April lalu sebelum pertemuan bersejarah dua beranak itu dicatatkan sehari selepas itu.
Hingga kini dia tidak putus-putus memanjat syukur terhadap Ilahi atas pertemuan itu dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyatukan mereka dua beranak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: