JIKA selebriti Malaysia sibuk dengan program-program yang dianjurkan seperti berbuka puasa dan sebagainya, artis di negara seberang iaitu Indonesia juga mempunyai aktiviti yang lebih kurang sama.
Namun, mungkin ada juga yang membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tawaran kerana mahu meluangkan masa dengan orang yang tersayang.
Berikut senarai artis-artis Indonesia aktiviti mereka sepanjang bulan Ramadan ini.
Olga Syahputra syukur rezeki mencurah
Antara artis yang paling sibuk di bulan Ramadan ialah Olga Syahputra. Menurut laporan Kapanlagi.com, sepanjang Ramadan ini Olga banyak tampil dalam program televisyen harian mahupun program televisyen istimewa.
Apabila menonton TV sahaja, wajah aktor ini muncul dari waktu bersahur sehinggalah waktu berbuka, malah wajahnya juga sering menghiasi layar perak.
Walaupun kelihatan sibuk dan nampak keletihan, bagi Olga sendiri, apa yang dilakukannya ini merupakan rezeki dari Tuhan yang harus disyukuri olehnya.
“Alhamdulillah, saya diberikan rezeki oleh yang Maha Esa. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat orang-orang yang sentiasa percayakan Olga dengan memberi peluang untuk saya tampil dalam program mereka,” tuturnya yang tidak pernah mengadu dengan kesibukan yang dialaminya itu.
Walau begitu, Olga akui memang rasa keletihan menghampiri diri kerana jika melihatkan jadual kerjanya, memang jejaka ini tidak punya begitu banyak waktu untuk istirehat. Namun, Olga tidak pernah mengeluh dan kelihatan dia seronok dengan apa yang dilakukannya.
“Memang saya rasa sangat letih, dapat tidur sebentar dan setelah itu terus sambung ke program lain. Tetapi, walaupun letih, saya mahu juga meneruskan apa yang dilakukan saya kini kerana ia karier yang saya pilih dan harus saya nikmati serta tidak merungut,” tambahnya.
Alexa Key banyak berehat
Bulan Ramadan sememangnya menjadi bulan mulia kepada sesetengah penggiat seni atau pemuzik khususnya bagi mereka yang punya lagu-lagu keagamaan. Namun bagi penyanyi Alexa Key, hal itu berlaku sebaliknya.
Dia mengakui bulan Ramadan ini merupakan bulan rehat baginya kerana tidak mempunyai sebarang aktiviti atau acara nyanyian sepanjang bulan mulia ini. Sementelah, dia sememangnya tiada sebarang lagu keagamaan.
|
|
Katanya, sepanjang bulan Ramadan ini memang dia akan banyak mempunyai waktu lapang. Namun, jika ada tawaran yang ditawarkan kepadanya, wanita ini tidak kisah untuk terimanya atau terlibat dalam sebarang acara.
“Bulan puasa adalah bulan keagamaan, jadi bagi artis yang tiada lagu-lagu keagamaan seperti saya, kami banyak berehat. Namun, saya ada juga menghadiri beberapa program berbuka puasa yang diadakan jika dijemput penganjur,” jelasnya.
Sepanjang berehat di bulan Ramadan ini, wanita kacukan Jerman-Indonesia ini memilih untuk bersama teman-temannya oleh kerana keluarga terpisah jauh iaitu di Bali.
Katanya: “Jadi saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah dengan berkumpul bersama rakan-rakan, kerana keluarga saya semuanya berada di Bali.”
Indah Dewi Pertiwi
susun jadual dan fesyen
Seorang lagi artis wanita Indonesia yang dilimpahi rezeki sepanjang bulan Ramadan ini. Ini kerana, Indah kini sedang dalam proses merakam beberapa single yang berduet bersama Bimbo. Jadi, itu juga antara aktiviti yang membuatkan gadis ini sibuk sepanjang Ramadan.
“Kadangkala satu hari itu saya perlu hadiri dua atau tiga acara. Alhamdulillah, jadual saya tahun ini lebih penuh dengan tawaran. Alhamdullillah sekali ini, bulan Ramadan tahun ini memberi rezeki buat diri,” ujarnya.
Bagi pemakaian dan penampilannya pula, dara yang berusia 21 tahun ini menyesuaikan fesyen diri dengan bulan mulia ini. Bahkan, Indah telah memilih untuk berhijab selama sebulan sepanjang Ramadan sekali gus mempromosi singlenya terbaharunya bersama Bimbo itu.
“Bagi fesyen diri, saya dan pereka fesyen berbincang mengenai pakaian yang akan dikenakan, dan jika pakaian itu sesuai, saya akan memilihnya. Saya juga menunjukkan jadual-jadual saya supaya, pakaian yang direka langsung sesuai dengan majlis yang ingin dihadiri,” katanya.
Namun demikian, walaupun berfesyen, Indah pasti memberi suntikan unsur etnik Indonesia kepada busananya.
Konsert Ramadan di Indonesia
Di bulan mulia ini, para artis terkenal Indonesia juga tidak ketinggalan mengadakan konsert bagi mengisi program televisyen setiap hari. Antaranya, program yang disiarkan secara langsung melalui saluran RCTI pada 1 Ogos lepas iaitu Konsert Kemuliaan Ramadan.
Penyanyi dan komposer terkenal Ahmad Dhani juga tidak ketinggalan membuat persembahan dengan menyampaikan sebuah lagu yang berjudul Surga dan Neraka yang mengisahkan tentang dua sisi berbeza yang dipilih manusia.
Namun, apa yang menariknya, konsert secara langsung ini dilakukan di dua lokasi berbeza dengan kehadiran para artis ternama iaitu di Plaza Pemerintahan Kabupaten Bekasi semasa bahagian pertama.
Di pentas yang sama, Rossa juga menyampaikan sebuah lagu yang berjudul Tak Kan Berpaling Dari-Mu.
Kris Dayanti pula menyampaikan lagu Ya Rahman Ya Rahim, dengan membuat persembahan di Monumen Nasional, Jakarta.
Antara artis lain yang turut diundang membuat persembahan ialah Yuni Shara, Vicky Shu, The Titans, Ungu, ayu Tingting, Nassar serta Opick yang dipilih sebagai persembahan penutup konsert tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: