KUALA LUMPUR: Pelakon kacak, Zain Saidin mengakui gosip yang mengaitkan dirinya dengan pelakon jelita, Rozita Che Wan telah menyebabkan wanita lain enggan mendekati dirinya.
Zain berkata, perkara itu berlaku kerana ramai mempercayai dengan gosip itu dan telah menyebabkan ramai tidak berani mendekatinya.
"Bukan kata mereka takut untuk mendekati tetapi mungkin kerana menghormati 'hubungan' antara saya dan Rozita yang digosipkan bercinta walaupun perkara itu tidak pernah berlaku.
"Saya sendiri sudah penat untuk menjelaskan mengenai perkara itu kerana lagi banyak saya menafikan semakin orang mempercayai bahawa kami bercinta," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Zain, walaupun gosip itu telah menyebabkan pergaulannya terbatas namun dia tidak pernah menyalahkan Rozita kerana pelakon berstatus ibu tunggal itu tidak bersalah dalam hal tersebut.
"Tiada sebab mengapa saya perlu menyalahkan dia kerana dia sendiri pun terkena dengan tempias gosip ini," katanya.
Dalam pada itu, Zain menegaskan sehingga hari ini dia masih solo dan selesa dengan keadaan itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada karier lakonannya.
Zain memberitahu, masih banyak perkara yang belum dikecapinya sebagai seorang pelakon dan ingin mencapai cita-citanya terlebih dahulu.
"Saya dan Rozita berkawan baik dan saya masih solo sehingga hari ini. Bukannya tak teringin nak ada kekasih tetapi belum bersedia ke arah itu selain tiada wanita ingin mendekati saya," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Zain memberitahu dia bakal muncul dalam sebuah sitkom berjudul Oh My English di Astro sebagai guru Bahasa Inggeris yang cuba mengajar anak muridnya menggunakan bahasa itu dengan betul.
Zain memberitahu, dia amat seronok dapat terlibat dalam program itu kerana selain berjenaka pada masa sama dapat belajar sesuatu yang baru mengenai bahasa itu.
"Saya baru selesai dengan penggambaran sitkom tersebut sebanyak 13 episod dan mendapat banyak pengalaman daripada program itu. Cukup menyeronokkan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: