Wednesday, May 16, 2012

UKM johan Debat Pengguna Siswa


ISMAIL SABRI (tengah) bergambar bersama pemenang pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012 di UKM, Bangi semalam.


BANGI - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul johan pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012 yang berlangsung di Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh, UKM di sini semalam.

Dua pelajar universiti berkenaan, Mohd. Daniel Baharudin, 22, dan Najah Izzzati Suleman, 20, membawa pulang hadiah RM5,000 selepas memungut 21 mata selama sejam tersebut.

Pertandingan itu menfokuskan tajuk 'Dewan Ini Akan Memiliknegarakan Industri Barangan Kawalan'.

Najah Izzzati ketika ditemui Kosmo! berkata, mereka tidak menyangka akan memenangi pertandingan itu ekoran saingan sengit daripada tiga kumpulan lain.

"Kami bagaimanapun telah membuat persiapan dengan melakukan kajian terhadap isu-isu yang diperbincangkan bagi menghadapi debat ini," katanya di sini semalam.

Debat Perdana Pengguna Siswa 2012 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu dirasmikan oleh Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: