EMMA di balai bomba.
MALAM di hotel.
LONDON: Kisah seorang anggota bomba yang menjalani kehidupan rahsia selaku pelacur dengan pendapatan �1,300 (RM6,500) semalam, dibongkar sebuah akhbar tabloid.
The Sun yang diterbitkan di London, semalam melaporkan, Emma Carr, 38, menjaja tubuhnya menerusi Internet dengan menggunakan nama samaran, Jade.
Pengurus kru Pasukan Bomba London itu, mengenakan bayaran RM1,500 sejam untuk mengunjungi pelanggan di rumah atau kamar hotel atau RM1,250 sejam untuk menghiburkan mereka di kediamannya.
Dia juga menawarkan khidmat sesi ‘senja hingga pagi’ dengan bayaran RM6,500.
Menurut akhbar itu, gambar seksi Emma tersiar di satu laman web.
Pada siang hari, Emma menguruskan kakitangan 999 di Balai Bomba Euston di tengah London, menyelia pasukan kecemasan.
Kegiatannya terbongkar selepas menawarkan seks selama sejam kepada seorang wartawan penyiasatan The Sun di sebuah hotel di tengah London.
Menceritakan mengenai dua kehidupan berbezanya, Emma berkata, drama televisyen mengenai seorang pelacur, Secret Diary of a Call Girl yang dibintangi oleh Billie Piper adalah tepat sekali.
Dia mengaku mempunyai pekerjaan sepenuh masa dalam sektor kerajaan dan menegaskan dia terbabit dalam pelacuran kerana gaji yang rendah.
Wanita yang berasal dari London Timur itu, dipercayai sudah tujuh tahun menjadi anggota bomba berkata: “Wang itu membantu saya. Saya boleh melancong. Sebagai anggota bomba, gaji saya tidak besar. Saya mahu menjalani hidup lebih bergaya.
“Saya kini tidak perlu berhutang. Saya merasa selamat dan amat berhati-hati. Saya bekerja sehari seminggu dan pada malam tertentu. Menurutnya, ibu bapanya ‘membuangnya’ selepas mengetahui kehidupan rahsianya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: