Aktor kacak, Shahid Kapoor mengakui tidak suka menjadikan orang lain sebagai bahan lawak semasa mengacara.
Pelakon yang bakal mengacarakan anugerah Akademi Filem Antarabangsa India (IIFA) di Singapura pada 7 sehingga 9 Jun ini berkata, sebagai pengacara, dia tidak akan menggunakan kuasanya itu untuk memperlekeh orang lain terutama dalam acara rasmi.
“Bukan cara saya untuk menjadikan orang lain sebagai bahan lawak semasa mengacara. Pada saya, kita boleh menghiburkan orang dan membuat orang gelak tanpa perlu memperlekeh mereka.
“Walaupun kita diberikan mikrofon, tidak bermakna kita boleh bercakap mengenai apa sahaja. Penting sebagai pengacara untuk mencari idea bagi menghiburkan penonton tetapi bukan dengan cara tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Shahid memuji Riteish Deshmukh dan Boman Irani kerana menjadi pengacara yang baik untuk anugerah IIFA.
“Mereka melakukan kerja yang baik sebagai pengacara. Malah Ranbir dan Imran juga tidak kurang hebatnya menjadi pengacara semasa anugerah Filmfare. Setiap orang mempunyai cara mereka sendiri, begitu juga dengan saya,” katanya lagi.
Thursday, May 24, 2012
Shahid Kapoor tak gemar perlekeh orang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: