LG Electronics (LG) optimis jualan televisyen 3D di Malaysia meningkat sehingga 40 peratus selari pelancaran televisyen pintar baru Cinema 3D.
Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, HK Kwon berkata, sehingga kini lebih 2,000 unit televisyen 3D dijual setiap bulan dan menguasai 25 peratus pasaran Malaysia.
Menurutnya, LG kini berada di kedudukan kedua rantau ini dan berhasrat berada di tangga teratas menerusi peningkatan serta penguasaan pasaran.
"Dilengkapi dengan teknologi tiga dimensi (3D) baru, televisyen itu mampu beri kepuasan maksima kepada penonton dan mudah digunakan berikutan ekosistemnya mempunyai pemilihan kandungan lebih meluas.
"Dengan rekaan skrin wayang gambar, televisyen ini didatangi dengan kaca mata 3D 2012 dan tawarkan tiga model berbeza serta 20 peratus lebih ringan daripada keluaran sebelumnya," katanya.
Kwon berkata, perkembangan ini adalah penting bagi pembuat televisyen Jepun berikutan ia menyumbang lebih 30 peratus daripada permintaan global bagi segmen 3D.
Katanya, televisyen pintar ini menawarkan pelbagai sambungan melalui 'Smart Share Plus' dan membolehkan pengguna mengakses kandungan simpanan di komputer riba, tablet dan telefon
pintar.
Thursday, May 24, 2012
LG lancar TV pintar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: