BUNGA peony adalah simbol kecantikan dalam legenda masyarakat di negara-negara Mediterranean.
Ia juga terkenal sebagai bunga kekayaan dan kehormatan dengan seribu kelopak yang menceriakan wanita dengan warna-warna terang dan bau yang harum semerbak.
Setiap kali tiba musim bunga, pohon-pohon peony menyerikan persekitaran dengan kelopak merah jambu lembut yang menceriakan suasana dengan keharumannya, sekali gus mencipta detik-detik indah dan romantis.
Maka tidak hairanlah jika bunga peony yang ditanam itu memberi ilham kepada seorang pengusaha tapak semaian Perancis dalam menghasilkan koleksi L'Occitane Pivoine Delicate dengan wangian Eau de Toilette (EDT) terbaru.
Koleksi wangian peony ini turut meliputi produk penjagaan badan dan mekap yang sentiasa diperlukan oleh setiap wanita dan sesuai untuk segala keperluan.
EDT Pivoine Delicate baru ini mengadunkan kelembutan kelopak peony dan ros, ditambah pula dengan kejernihan dan kehijauan bunga lily ke dalam wangian flora yang lembut. Wangian ini sesuai untuk sebarang majlis kerana aroma segar daripada campuran buah-buahan sitrus dan pic putih bagai bergabung dengan kembutan ros, peony dan lily
Selain EDT, rangkaian wangian L'Occitane Pivoine Delicate turut mengandungi semburan Fresh Mist (RM59), yang mengandungi aloe vera bagi menjadikan kulit lembut, cantik dan sesegar embun pagi.
Shimmering Powder (RM137) pula menceriakan badan anda dengan sentuhan kesegaran; Hand Cream (RM75) bagi 'menyampul' tangan anda dengan kelembutan Shea Butte; Eau de Toilette & Gloss Duo (RM95), dua produk yang menggabungkan keharuman Pivoine Delicate EDT dan pengilat bibir yang menyerikan bibir.
Tidak ketinggalan Lip Balm (RM55), salap untuk bibir yang lembut dan jernih ini membuat bibir terasa selesa dan tampak benar-benar mengasyikkan dan seterusnya, gincu bibir (RM65) untuk sapuan yang benar-benar menyerlah bagi apa jua majlis dan acara.
Rangkaian edisi terhad koleksi Pivoine Delicate terbaru ini boleh didapati di mana-mana butik L'Occitane mulai Jun ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: