LAUT dan marin menjadi sumber inspirasi di samping sentuhan Perancis autentik bagi koleksi Voyage musim bunga/panas agnes b 2012.
Terdapat beberapa kategori dalam koleksi ini, iaitu polka dots, city chic, marin. summer chic, beg kecil dan homme.
Polka dots
Corak polka dots kembali popular sejak setahun dua ini. Baik bagi corak baju, beg tangan dan sebagainya, corak polka dots mudah menjadi tarikan.
Demikian juga dengan tas tangan dan dompet koleksi agnes b yang dijangka kembali diminati oleh semua golongan wanita. Menjadi corak ikonik koleksi Voyage ini, corak polka dots besar menarik pandangan sementara corak yang kecil ditambah dengan perhiasan yang dibuat daripada keluli.
Dibuat daripada fabrik matte hitam ditambah dengan pemegang beg daripada kulit serta perincian dan logo b, warna hitam tetap tidak membosankan.
Pun begitu, bagi yang sukakan warna berbeza, koleksi ini turut menyediakan beberapa warna terang bagi tas tangannya, iaitu jingga, merah, biru dan putih.
City Chic
Penggemar tas tangas yang kecil pula pasti mahukan sesuatu yang ringkas namun masih mengekalkan gaya elegan. Justeru itu, City Chic sudah pasti sesuai dengan anda.
Diinspirasi daripada beg klasik doktor, beg ini dijangka menjadi pilihan ramai selepas beg kulit wanita.
Dibuat daripada bahan nylon hitam premium, jahitan jelujur pada beg menambah glamor. Sementara tali dan kancing berwarna keemasan menjadikannya ideal bagi majlis istimewa.
Marin
Bermain dengan warna kontras dan gabungan kulit serta kanvas menambah gaya pada siri marin ini. Warna biru laut dan putih menjadi inspirasi. Kancing vintaj dalam warna emas antik menambah keseluruhan gaya.
Summer Chic
Siri koleksi untuk musim panas ini menyaksikan corak-corak belang, petak, perincian gaya kelasi dan logo seperti cicak, bintang, b dan ab. Heart menjadi tarikan utama.
Rekaan utama siri ini ialah beg tote dengan pelbagai pilihan warna.
Sementara itu, bagi yang masih sayangkan beg tangan anda dan tidak mahu menukar pada yang lain namun hanya mahu memiliki dompet dan beg duit, banyak rekaan menarik dan cantik menanti anda.
Dengan warna-warna terang seperti merah, biru dan hitam berserta logo b, koleksi dompet dan beg duit Voyage ringkas tetapi kontemporari.
Dalam pada itu, koleksi Homme Voyage direka khusus untuk golongan lelaki yang gemarkan beg yang bergaya.
Terdapat dalam rekaan beg galas, beg sandang, beg bimbit, beg pegang atau dompet, beg kunci juga bekas pen.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: