Wednesday, May 2, 2012

Penyangak langgar polis diberkas


ANGGOTA polis memeriksa sebuah kereta Proton Waja curi yang melanggar kereta peronda polis dalam kejadian
di kawasan Perindustrian Puchong, Selangor kelmarin.


PUCHONG – Tindakan jahat dua lelaki yang cuba melanggar polis selepas bimbang ditahan kerana menaiki kereta curi mengundang padah apabila mereka dapat ditahan setelah polis melepaskan satu das tembakan yang mengenai tayar kenderaan itu di kawasan Perindustrian Puchong di sini kelmarin.

Kejadian pukul 5 petang itu berlaku apabila tiga anggota polis peronda terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Waja curi dinaiki dua suspek berusia lingkungan 40-an tersebut sebelum mengarahkan mereka berhenti.

Difahamkan, kereta Proton Waja tersebut dilaporkan hilang di kawasan Kuchai Lama pada 11 April lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: