Monday, May 7, 2012

Nora mahu jadi wanita tabah

KESENIAN adalah unik, universal dan luas jika difahami dan dihayati," tuturnya ketika ditanya rasional memilih bidang seni sebagai kerjaya masa depan.

Dia yang hanya membahasakan dirinya Nora menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang beranggapan bahawa seni itu hiburan semata-mata.

"Cara berpakaian, berjalan dan berfikiran juga adalah satu seni, sebab itulah hanya mereka berjiwa seni mampu menghayati setiap keindahan yang lahir di muka bumi ini," ujar empunya diri, Nora Zeelda Ibrahim, 25.

Pemegang Diploma Teater ini juga aktif dalam persembahan teater dan dandanan rambut.

Kehilangan ibuWalaupun dulu bapanya pernah membantah hasratnya untuk terlibat dalam dunia seni, kini lelaki yang dihormatinya itu menjadi pendorong utama kejayaannya.

"Sejak pemergian ibu lapan tahun lalu akibat tibi, bapa banyak memberi dorongan kepada saya khususnya dalam pelajaran. Saya anak tunggal mereka, jadi dia sangat memahami keadaan saya," ujarnya yang mahu menjadi wanita tabah.

Semuanya dibuktikannya apabila dia mahu mencuba apa jua kerja seperti berlakon atau mendandan di rumah.

"Saya perlu bermula dari bawah demi masa depan. Saya tidak mengejar glamor semata-mata tetapi mahu menimba pengalaman," ujarnya yang diminta beraksi bersama model baru kereta mewah, Porsche untuk ruangan Citra Wanita minggu ini.

Bagi Nora, jenama tersebut sememangnya sudah terkenal dengan ciri keselamatan dan keselesaan.

"Kita sendiri boleh merasa kehebatan jenama ini bukan sahaja ketika memandu, malah melihatnya dari luar sudah mewujudkan rasa kekaguman," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: