Maxis Bhd (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu negara, menjalin kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi menawarkan perkhidmatan kandungan penjagaan kesihatan melalui teknologi mudah alih kepada pelanggan, sekali gus mewujudkan kesedaran mengenai kesihatan jantung.
Menerusi kerjasama itu, Maxis akan menawarkan kandungan kesihatan jantung kepada semua pelanggan menerusi telefon mudah alih yang mempunyai ciri-ciri khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi peranti pintar baru ‘myHealthy Heart’ atau laman web.
Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Suren J Amarasekera berkata, menerusi kerjasama ini, Maxis akan menyumbang 10 peratus daripada hasil yang dijana daripada perkhidmatan SMS kepada Yayasan IJN untuk program bantuan pesakit.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub, IJN percaya bahawa kerjasama ini memberi makna kerana kedua-dua organisasi yang mempunyai kekuatan dan pengkhususan yang saling melengkapi dengan memberikan manfaat yang besar
kepada rakyat meningkatkan kesejahteraan dan gaya hidup.
Pelanggan yang berminat boleh melanggan perkhidmatan dan menerima tiga SMS seminggu yang disahkan oleh IJN.
Yayasan IJN pada 2011 telah membelanjakan RM2 juta untuk membantu pesakit yang kurang bernasib baik.
Sunday, May 6, 2012
Maxis, IJN jalin kerjasama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: