Kristen
DI awal kemunculannya, tidak ramai pereka fesyen yang menyukai artis remaja, Kristen Stewart kerana imejnya yang sentiasa selekeh.
Mengambil serius kritikan terhadapnya dan berusaha untuk berubah, bintang Twilight ini akhirnya digelar Wanita Berpakaian Terbaik oleh majalah Glamor.
Lebih manis, kekasih kepada Robert Pattinson ini berjaya mengalahkan nama besar dalam dunia fesyen seperti Victoria Beckham, Kate Middleton dan Kate Moss.
Malah, gadis berusia 22 tahun ini juga kini sering menjadi pilihan jenama terkenal seperti Balenciaga, Chanel dan Roberto Cavalli untuk memperagakan rekaan terbaru mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: