Beyonce
BIARPUN sudah melahirkan anak sulungnya, Blue Ivy, 3 bulan, namun penyanyi Beyonce Knowles tetap dihambat khabar angin kononnya dia memalsukan kehamilan.
Ini berikutan penyebaran gambar dan video, Oktober lalu, di mana perut isteri kepada Jay Z itu kelihatan mengempis apabila dia duduk.
Mungkin kerana sudah tidak tahan dengan spekulasi tersebut, pelantun lagu If I Were A Boy itu akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar kepada majalah People.
Menurut Beyonce, perutnya kelihatan mengempis kesan daripada fabrik pakaiannya yang ketika itu terlipat.
“Adakah fabrik tidak boleh terlipat? Bagi saya, khabar angin ini tidak menyakitkan tetapi ia adalah sesuatu yang gila.
“Bagaimana mereka (penyebar khabar angin) boleh terfikir untuk membangkitkan hal mengarut ini?,” luahnya kesal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: