Sunday, May 6, 2012

Krisdayanti sedut lemak


KRISDAYANTI mendedahkan suaminya, Raul suka pinggangnya yang besar.


USAI melahirkan anak perempuan hasil perkahwinan dengan Raul Lemos, Krisdayanti memutuskan untuk menyedut lemak agar tubuhnya kembali seperti dahulu. Perubahan ini bagaimanapun tidak disedari suaminya, Raul.

"Suami saya tidak ada masalah, tetapi dia sempat terperanjat dan tidak menyangka. Dia sebenarnya suka bahagian pinggang saya yang agak besar," akui Krisdayanti yang mesra disapa KD.

Keputusan KD untuk membuat rawatan sedutan lemak dengan cara laser dilakukan demi membahagiakan Raul. Buat KD, wang bukan satu isu besar.

"Kita perlu membelanjakan sedikit wang untuk mendapatkan doktor yang berpengalaman dan bersesuaian. Tapi jangan pula korbankan diri semata-mata mahu murah. Di luar negara (kos pembedahan kosmetik) mahal, di sini (Jakarta) lebih murah," katanya.

Usai menjalani rawatan tersebut, bekas isteri Anang Hermansyah ini masih perlu menjalani proses rawatan yang lain. Meskipun proses rawatan tersebut adalah berbahaya, KD tetap mahu melakukannya demi tampil cantik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: