Saturday, May 5, 2012

Kongsi kasih sayang dengan Kleenex

SUMEET PARAB menunjukkan pek istimewa tisu Kleenex edisi terhad dengan corak berilhamkan alam semula jadi dan bunga-bungaan.


JADILAH sebahagian daripada kami untuk berkongsi nikmat kelembutan! Share The Softness, kempen terbaharu dan inovatif daripada Kleenex mempelopori kepentingan aspek kelembutan dalam kehidupan seharian kita. Ia menggalakkan perkongsian sebagai salah satu cara untuk menunjukkan keprihatinan.

Anda boleh berkongsi kelembutan melalui pelbagai cara, bermula dengan menghantar pek Kleenex Share Tissue di www.facebook.com/Kleenex.Malaysia atau melalui pembelian di kedai-kedai terpilih di Malaysia.

Tisu muka Kleenex dihasilkan daripada gentian 100 peratus asli untuk memastikan kualiti yang terbaik dalam ciri kelembutan dan kekuatan.

Bagi meraikan inovasi tersebut, Kleenex kini menjemput semua rakyat Malaysia untuk berkongsi nikmat kelembutan yang unik itu bersama keluarga dan rakan-rakan.

"Kleenex ialah jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia untuk kelembutan dan kualitinya yang tiada tandingan. Kami percaya ia sesuatu berharga untuk dikongsi bersama mereka yang disayangi.

"Insan yang tersayang seharusnya mendapat yang terbaik. Maka, dengan berkongsi kelembutan Kleenex ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa anda menghargai mereka," kata Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Sumeet Parab.

Tambahnya, kelembutan Kleenex perlu dirasai sendiri dan kempen Share The Softness membantu menyebarkan pesanan tersebut.

Penampilan baharu tersebut direka dengan ciri-ciri interaktif untuk menarik minat rakyat Malaysia daripada semua peringkat usia. Ia kini giat dipromosi melalui pelbagai saluran - penyiaran, percetakan, dalam talian dan media sosial.

Media sosial

Selain dapat memesan pek Share melalui ruang peminat Facebook Kleenex Malaysia, terdapat juga aktiviti dalam talian interaktif yang lain seperti ruangan istimewa.

Peminat berpeluang berkongsi pendapat mengenai topik mingguan tertentu termasuk topik berkenaan jenama dan produk.

Sepanjang tahun, anda juga berpeluang mengambil bahagian dalam peraduan yang akan bermula dengan Peraduan Kleenex Moments pada bulan Mei. Ia menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM14,500 dan produk Kleenex.

Selain itu, ruangan peminat akan menjadi sumber maklumat kerana mereka akan menerima beberapa siri idea aktiviti keibubapaan dan kekeluargaan serta sentiasa dibekalkan dengan maklumat terkini.

Golongan memerlukan

Kempen Kleenex Share The Softness tidak hanya menawarkan ganjaran kepada pengguna dan orang kesayangan mereka, malah turut membantu golongan kurang bernasib baik.

"Sebagai tambahan, memberi nikmat kelembutan kepada mereka yang amat memerlukan akan menjadikan idea perkongsian ini lebih bermakna.

"Oleh itu, untuk setiap penyertaan dalam peraduan Facebook Kleenex Moments, Kleenex akan menderma satu pek tisu kepada pertubuhan kemasyarakatan," ujarnya.

Pengguna juga dapat menggunakan kelembutan Kleenex sebagai satu inspirasi untuk membantu mereka yang memerlukan. Ia bakal menjadi penyertaan yang menarik dalam peraduan Kleenex Moments.

Berkongsi secara terus

Di kedai-kedai utama seluruh negara, Kleenex akan memperkenalkan pek istimewa dalam lima set Kleenex Share pada harga runcit RM12.60 supaya anda dapat membeli kotak dan mendapat pek tambahan untuk dikongsi bersama mereka yang disayangi!

Share Bundle didapati dalam pek edisi terhad dengan corak berilhamkan alam semula jadi dan bunga-bungaan.

Pelbagai siri corak flora yang menampilkan gubahan bunga moden berwarna segar boleh dimiliki. Lebih istimewa, corak pek tersebut akan bertukar setiap empat bulan. Tentu sekali ini berita yang menggembirakan golongan pengumpul!

"Setiap orang memerlukan kelembutan dalam hidup mereka, sama ada dalam bentuk kata-kata lembut sebagai motivasi atau pemberian kasih sayang daripada orang tersayang.

"Kempen Share The Softness adalah cara kami menggalakkan rakyat Malaysia menunjukkan bahawa mereka prihatin. Kami harap mesej perkongsian ini tidak terhad kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, malah terhadap jiran tetangga, guru-guru dan lain-lain ahli masyarakat yang mempengaruhi kehidupan kita," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: