KAJANG – Tidak tahan dipukul,seorang wanita membuat laporan polis dan membuka pekung suaminya yang mempunyai dua laras senapang tanpa lesen sah.
Wanita berumur 30-an itu, nekad membongkar rahsia suaminya selepas sering dipukul walaupun hanya melakukan kesalahan kecil.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, bertindak daripada laporan itu, polis menahan suaminya, seorang pengusaha minyak, berusia 43 tahun, di sebuah rumah di Sungai Ramal Dalam, kelmarin.
Katanya, dalam serbuan jam 2.25 petang itu, polis merampas dua laras senapang buatan sendiri, empat biji logam yang ditajamkan di bahagian depan dan 50 biji bebola besi.
Ab Rashid berkata, polis kemudiannya menahan dua rakan suspek, berumur 33 dan 44 tahun, serta merampas 16 biji logam lagi yang ditajamkan di bahagian depan.
“Senapang dirampas dipercayai dibuat salah seorang suspek yang bekerja sebagai juru kimpal di Beranang dan Rembau.
Suspek boleh dikatakan pakar kerana senapang ini dibuat dengan teliti.
“Semasa soal siasat, suspek memberitahu senapang ini digunakan untuk memburu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, semalam.
Beliau berkata, siasatanmendapati senjata ini disimpan suspek sejak setahun lalu.
“Jika disalah guna, senjata ini boleh mendatangkan kecederaan parah dan boleh membunuh,” katanya.
Dalam perkembangan lain, polis menemui sepucuk pistol bersama sebutir peluru di sebuah restoran makanan laut di Jalan Reko, 17 Mei lalu. Ab Rashid berkata, sebelum itu, dua kumpulan bergaduh di restoran berkenaan.
“Pistol ini terjatuh di atas lantai ketika dua kumpulan sedang bergaduh,” katanya.
Thursday, May 24, 2012
Isteri nekad bongkar rahsia suami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: