KESINAMBUNGAN kecemerlangan tamadun dan seni budaya sesebuah negara bergantung sepenuhnya kepada kualiti dan keutuhan modal insan.
Institusi pendidikan di peringkat universiti merupakan tapak semaian terbaik bagi menghasilkan produk bermutu sehingga mampu melahirkan mahasiswa yang berdaya saing dalam mengangkat martabat seni budaya bangsa ke pentas dunia.
Justeru, dalam mengangkat martabat seni bangsa, University of Management and Technology ( UMTECH) melahirkan ikon Duta Budaya apabila berjaya dinobatkan antara enam pasukan terbaik dari 33 buah dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang bertanding pada Festival Warna-warna Dunia (Fesco 2012) ke-5 baru-baru ini.
Pegawai Unit Kebudayaan dan Seni Kreatif UMTECH, Wan Huzainee Wan Hussein, berkata, kejayaan Duta Budaya berada dalam enam pasukan terbaik Fesco 2012 itu merupakan pengiktarafan tertinggi yang di terima universiti.
"Dengan usaha dan komitmen yang tinggi penari-penari Duta Budaya UMTECH akhirnya berjaya meraih Anugerah Sijil Emas Fesco 2012 yang merupakan satu pengiktarafan kepada universiti.
"Universiti amat berbangga atas kejayaan yang dicapai oleh penari-penari yang mempersembahkan tarian samrah Johor yang berjaya menarik perhatian juri ketika pertandingan itu berlangsung," katanya.
Fesco 2012 berkonsepkan festival tarian budaya yang menampilkan pertandingan tarian antara universiti-universiti di Malaysia.
Wan Huzainee berkata, kejayaan itu tidak akan diperolehi tanpa sokongan dari pihak pengurusan universiti.
"UMTECH banyak membantu dan memberi sokongan moral kepada Duta Budaya dalam membuktikan kepada generasi muda yang terdiri daripada mahasiswa bahawa seni persembahan i banyak menerapkan elemen-elemen positif yang memberi kebaikan kepada pelajar.
"Malah ia juga merupakan usaha dan komitmen universiti dan Duta Budaya atas tanggungjawab sebagai anak Melayu untuk terus memelihara kebudayaan dan kesenian warisan Melayu," katanya.
Dalam pada itu, Wan Huzainee menambah, Duta Budaya kini mengorak langkah mengangkat landskap masyarakat setempat melalui inspirasi menghidangkan tarian lama yang sedia ada di kalangan masyarakat yang diolah semula agar lebih segar, menarik dan sesuai dengan peredaran masa kini
"Duta Budaya kini membawa objektif memperbanyakkan lagi koleksi tarian baru yang unik, segar dan berlambangkan 1Malaysia.
"Ia akan meningkatkan daya kreativiti pereka tari dan artis tari yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: