|
|
TOKYO - Set cawan teh dan piring yang pernah digunakan sekali sahaja oleh penyanyi terkenal, Lady Gaga mendapat tawaran untuk dibeli pada harga 6,011,000 yen (RM229,729), menurut satu laman lelongan Jepun semalam.
Menurut penganjur, Yahoo! Jepun, lelongan di internet itu mendapat lebih 1,300 bidaan.
Ia berlangsung selama seminggu dan berakhir kelmarin.
Cawan tersebut pernah digunakan Lady Gaga, 26, pada satu sidang akhbar di Tokyo tiga bulan selepas tsunami melanda Jepun pada Mac tahun lalu.
Penyanyi itu memberitahu pemberita pada sidang akhbar itu bahawa dia akan melelong cawan tersebut yang mempunyai kesan gincunya.
Cawan tersebut turut mempunyai autograf Lady Gaga.
Hasil lelongan itu akan digunakan untuk membiayai artis muda Jepun yang berminat menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: