PARIS - Pemimpin Parti Sosialis, Francois Hollande dipilih menerajui Perancis selepas beliau menewaskan Presiden Nicholas Sarkozy dalam pilihan raya kelmarin.
Pemimpin berhaluan kiri itu menentang dasar berjimat cermat Perancis dan jadual pengunduran tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dari Afghanistan.
Hollande akan memegang jawatan Presiden Perancis secara rasmi pada 15 Mei ini.
Kemenangan Hollande adalah yang pertama buat Parti Sosialis selepas Francois Mitterrand.
Mitterrand yang juga daripada Parti Sosialis menjadi presiden negara itu dari tahun 1981 hingga 1995.
Keputusan akhir pilihan raya presiden kelmarin menunjukkan Hollande menang tipis apabila mendapat 51.62 peratus undi berbanding 48.38 peratus undi yang diperoleh Sarkozy.
Beliau menang dengan kelebihan 1.13 juta undi daripada keseluruhan 37 juta undi dalam pilihan raya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: