Wednesday, May 2, 2012

Bergotong-royong basmi aedes

OPERASI...penduduk PJS2 membersihkan kawasan perumahan mereka, semalam.
OPERASI...penduduk PJS2 membersihkan kawasan perumahan mereka, semalam.

PETALING JAYA: Bagi mewujudkan kawasan persekitaran yang bersih dan bebas penyakit, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Petaling Jaya Selatan 2 (PJS2) dan Persatuan Penduduk PJS2 bersama beberapa agensi lain menganjurkan Majlis Gotong-Royong Kempen Antiaedes 1 Malaysia 2012, di sini, semalam.

Pengerusi KRT PJS2, Kamaruddin Bazid berkata, inisiatif ini diambil selepas melihat peningkatan demam denggi di kawasan terbabit dan memberikan kesedaran mengenai penyakit itu.


Katanya, lima kes dicatatkan pada April lalu berbanding dua kes pada Mac dan satu kes pada Februari.

Justeru pihaknya memanggil agensi yang terbabit program pembasmian aedes untuk memberikan penerangan kepada penduduk.


“Bukan saja di PJS2 menunjukkan peningkatan demam denggi, namun di seluruh PJS. Melalui statistik dikeluarkan mendapati 24 kes dilaporkan di seluruh kawasan PJS untuk April dan ini menunjukkan peningkatan berbanding bulan-bulan sebelumnya.


“Kami di kawasan PJS2 sentiasa menitikberatkan isu kebersihan dan ini membuatkan kami menyahut seruan kerajaan untuk membasmi penyakit terbabit. “Selain itu, program seperti ini dapat memperkukuh dan mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan penduduk,” katanya selepas majlis perasmian program itu yang disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: