KUALA LUMPUR - Golongan muda berpeluang mencipta nama di dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) dengan menyertai acara mencanting batik dan pertunjukan seni tarian pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.
Aktiviti yang akan dianjurkan menerusi segmen Lorong Seni itu bertujuan memartabatkan seni kebangsaan di mata dunia.
Ketua segmen tersebut, Norfaizal Nordin berkata, acara mencanting batik terpanjang itu dilakukan secara gotong-royong bermula hari ini dan dijangka siap menjelang hari kemuncak sambutan pada 23 Mei.
Katanya, ia dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga sukarelawan belia dan badan bukan kerajaan.
"Satu lagi rekod boleh dicipta menerusi pertunjukan seni tarian pelbagai kaum yang akan ditonjolkan dalam kawad etnik dan kumpulan yang bermain pelbagai instrumen muzik selama 50 jam tanpa henti," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: