LONDON: Aktres Angelina Jolie dilaporkan merancang untuk menaikkan berat badannya kepada 10 paun menjelang hari perkahwinan dengan aktor Brad Pitt pada musim panas ini.
Menurut laporan dailystar.co.uk, pelakon yang kurus dan langsing itu mahu memiliki sedikit potongan pada badannya apabila menyarung gaun pengantin kelak.
Pasangan itu dilaporkan menggunakan khidmat chef British terkenal Jamie Oliver bagi menyediakan resipi makanan yang lazat dan berkhasiat pada majlis itu.
“Angelina berharap dapat memiliki tubuh badan yang mempunyai sedikit potongan pada majlis perkahwinannya nanti. Dia berharap dapat menaikkan berat badan sebanyak 10 paun.
“Brad dan Angelina juga sudah meminta Jamie menyediakan beberapa resipi,” kata satu sumber.
Pitt turut dilaporkan lebih menggemari jika Jolie memiliki badan yang berisi dan mempunyai potongan.
“Brad suka jika Angelina mempunyai tubuh badan seperti ketika mereka mula-mula bertemu di lokasi filem Mr and Mrs Smith pada 2004.
“Jamie kelihatan berulang-alik ke rumah pasangan itu sejak kebelakangan ini,” tambah sumber itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: