ANGGOTA Devotees bersama empat kanak-kanak pada pelancaran album mereka di PWTC.
Menyelak latar belakang kumpulan yang ditubuhkan sejak 2004 itu, buah tangan sulung yang dihasilkan setahun kemudian menerima sentuhan komposer terkenal seperti Yasin, Waheeda dan Along Exist, namun berikutan komitmen terhadap kerjaya, hanya pada tahun lalu album kedua muncul di pasaran.
“Bukan hanya kanak-kanak, album memuatkan 11 lagu ini boleh diikuti semua peringkat usia. Cuma pendekatannya lebih mudah selain mengetengahkan empat kanak-kanak sebagai penyanyi latar,” katanya pada majlis pelancaran album itu, di ibu kota, kelmarin.
Berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) serentak Pesta Buku Antarabangsa, buah tangan terbaru Devotees itu dihasilkan menerusi kerjasama Al-Baghdadi Method Sdn Bhd yang mempunyai cawangan di seluruh negara.
“Sebanyak 3,000 CD akan diedarkan di seluruh negara termasuk pusat latihan Al-Baghdadi dan kami tidak berfikir panjang apabila syarikat terbabit mempelawa kami bekerjasama. Ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial iaitu mempermudahkan pembacaan al-Quran menerusi teknik tertentu,” Abdul Halim lagi.
Ditanya perjalanan Devotees di bawah syarikat mereka sendiri, Devotees Music Works, akui Adi pula, setiap individu punya tanggungjawab memastikan kumpulan itu terus bangkit, malah mereka juga rancak menjadi penceramah motivasi.
Katanya, selain menumpukan perhatian terhadap kerjaya seni mereka turut mendapat kepercayaan mengendalikan kem bina semangat bagi berkongsi pengalaman yang sudah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.
“Buat masa ini kita memang sudah mengatur pelbagai projek, cuma tumpuan utama kini adalah album Devotees 336 memandangkan kami turut diundang ke beberapa pusat pengajian selain masih dengan jadual ceramah motivasi.
“Rasanya jika tiada aral, rakaman album baru yang masih menjurus kepada nasyid kontemporari akan dilakukan tahun ini. Proses pengumpulan bahan sudah dimulakan, cuma tinggal pemilihan lagu paling sesuai dengan konsep,” katanya.
Melihat jadual, Devotees sebenarnya baru kembali dari Korea Selatan bagi memenuhi undangan persatuan pelajar Malaysia di negara itu. Sudah alang-alang ke tempat orang, mereka sempat mencuri masa melawat lokasi menarik di negara empat musim itu.
“Alhamdulillah, Devotees masih rancak bergerak. Bukan hanya undangan ke luar negara, kami juga bersyukur meraih trofi dalam Anugerah Nasyid.Com menerusi kategori Kategori Nasyeed Amar menerusi lagu Berjalan Tanpa Henti,” kata Muhammad pula yang mengakui persefahaman membuatkan mereka terus akrab.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: