Sunday, June 6, 2010

'Ini bukan aksi membalas dendam'


NADAL akan membuat perhitungan dengan Soderling pada final Terbuka Perancis hari ini.


PARIS - "Ini bukanlah merupakan perlawanan untuk membalas dendam."

Demikian penjelasan Rafael Nadal menjelang aksi final Kejohanan Tenis Terbuka Perancis menentang Robin Soderling hari ini.

Nadal yang turun selaku pilihan pertama dikejutkan apabila tewas di tangan Soderling pada pusingan keempat kejohanan yang sama tahun lalu.

Pemain Sepanyol itu yang menewaskan Jurgen Melzer dari Australia 6-2, 6-3, 7-6 pada saingan separuh akhir kelmarin menjelaskan bahawa ini bukanlah masanya buat dirinya untuk memikirkan mengenai balas dendam berikutan kekalahan tahun lalu.

"Saya langsung tidak percaya dengan istilah balas dendam. Apa yang lebih penting bagi saya adalah melakukan yang terbaik sepanjang perla- wanan tersebut berlangsung bagi mencatatkan ke- menangan.

"Sekiranya saya tewas, saya menerima hakikat tersebut dan sudah pasti akan mengucapkan tahniah kepada Soderling kerana dia berjaya beraksi dengan lebih baik daripada saya.

"Saya akan cuba memberikan aksi terbaik apabila turun ke gelanggang dan bukannya untuk me- mikirkan mengenai Soderling," jelas Nadal.

Sementara itu, Soderling yang terpaksa bekerja keras sebelum menang ke atas pemain Republik Czech, Tomas Berdych 6-3, 3-6, 5-7, 6-3, 6-3 bagi mengesahkan tempat ke final kini telah bersedia baik dari segi mental mahupun fizikal.

"Ketika ini saya berada dalam keadaan terbaik menjelang final esok (hari ini).

"Memang saya berjaya menewaskan Nadal pada tahun lalu tetapi bagi saya setiap perlawanan me- rupakan perlawanan baru dan saya perlu bersedia sepenuhnya," kata Soderling.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: