Thursday, October 10, 2013

Tak sengaja langgar anak sendiri

MOHD. FITRI memegang jenazah anaknya yang maut dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Luluh hati satu pasangan suami isteri apabila anak kecil mereka yang baru hendak bertatih ditemui mati berlumuran darah selepas dilanggar secara tidak sengaja oleh ibunya ketika sedang mengundurkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Jalan Ibrahim, Bukit Besar dekat sini semalam.
Kejadian pukul 7.15 pagi itu mengakibatkan anak bongsu daripada enam beradik, Muhammad Faqih Mohd. Fitri, 10 bulan, maut akibat mengalami pendarahan dalaman.
Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) setengah jam kemudian.
Menceritakan semula kejadian itu, bapa mangsa, Mohd. Fitri Ngah, 40, memberitahu, sebelum kejadian, dia bermain dengan Muhammad Faqih di ruang tamu bersama anak-anak lain.
Kata guru itu, dia kemudian meninggalkan mereka untuk bersarapan di dapur.
“Pada masa sama, isteri saya, Faizah Yusuf, 35, menghidupkan enjin untuk mengeluarkan MPV jenis Proton Exora dari garaj sebelum membawa kenderaan itu masuk semula secara mengundur. Dia sering berbuat demikian untuk memudahkan saya keluar bekerja.
“Ketika itulah mungkin Muhammad Faqih yang baru hendak belajar berjalan pergi ke garaj sebelum dilanggar secara tidak sengaja oleh isteri saya. Faizah hanya berhenti dan turun dari kereta selepas terdengar jeritan seorang jiran yang melihat kejadian itu,” ceritanya ketika ditemui di HSNZ.

INILAH MPV yang merempuh Muhammad Faqih.


Tambahnya, dia yang terkejut kemudian bergegas keluar dan alangkah luluh hatinya apabila mendapati Muhammad Faqih telah terbaring dalam keadaan berlumuran darah lalu memangkunya. Mangsa kemudian dikejarkan ke HSNZ namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Menurut Mohd. Fitri, anak-anaknya sering menunggu di dalam rumah ketika isterinya mengundurkan kereta.
“Biasanya Muhammad Faqih hanya akan pergi sampai ke pintu namun saya tidak sangka pagi tadi (semalam) dia jalan hingga ke garaj.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: