KUALA LUMPUR – Tiga penjenayah bagaikan mati sia-sia apabila cubaan mereka melarikan diri bersama wang samun yang hanya berjumlah RM2,000 berakhir dengan mereka mati ditembak oleh polis di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar di sini semalam.
Sebelum ditembak mati pada pukul 3.30 petang, ketiga-tiga suspek warga Indonesia bersama beberapa lagi rakan penjenayah lain menyamun seorang wanita di depan sebuah bank di Bayu Perdana di Klang, Selangor.
Wanita berusia 39 tahun disamun pada pukul 11.30 pagi ketika mangsa baru memandu kereta untuk meninggalkan bank selepas mengeluarkan wang RM2,000.
Bagaimanapun, kereta dipandu wanita itu tiba-tiba dihimpit oleh dua buah kereta Proton Wira yang dinaiki beberapa lelaki dan sebuah motosikal.
Lelaki yang menunggang motosikal itu terus memecahkan cermin tingkap kenderaan mangsa sebelum penunggangnya melarikan beg tangan mangsa.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar (gambar kecil) berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut melancarkan gerakan mengesan sebuah motosikal dan dua buah kereta Proton Wira yang menyamun wanita itu.
“Selepas kira-kira empat jam selepas kejadian samun mangsa wanita itu, pasukan polis mengesan sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki di Lebuh Raya DUKE sebelum mengekori kereta tersebut sehingga menghampiri Plaza Tol Sentul Pasar,” kata beliau ketika ditemui di lokasi kejadian.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: