Friday, October 11, 2013

Pistol tembusi mulut peserta perarakan


BEBERAPA pucuk pistol menembusi pipi seorang peserta perarakan Festival Sayur-Sayuran di Phuket, Thailand semalam.


PHUKET - Seorang peserta perarakan Festival Sayur-Sayuran di sini mempamerkan pipinya yang ditembusi beberapa pucuk pistol semalam.
Festival itu diadakan selama sembilan hari sejak 5 Oktober lalu.
Ia merupakan antara program yang menjadi daya tarikan pelancong asing dan tempatan di sini.
Terdapat juga pedang dan batang besi yang ditusuk menembusi pipi para peserta perarakan itu.
"Ia bukannya suatu muslihat. Aksi itu adalah betul," kata Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand di Phuket, Chanchai Doungjit.
Ribuan orang berbaris di sepanjang laluan perarakan itu bagi menyaksikan aksi-aksi tersebut.
Perarakan itu diadakan bagi membebaskan roh jahat selain membawa kekayaan kepada komuniti tempatan.
Festival itu bermula pada tahun 1825 di sini bagi memberikan perghormatan ke atas dewa Cina.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: