Wednesday, October 16, 2013

Lembu korban terkorban selepas terjun parit

ORANG ramai memeriksa seekor lembu yang sudah mati selepas terjun ke dalam sebuah parit sedalam lima meter di Jalan Matang-Laruh Skim, Kuching semalam.


KUCHING - Kemeriahan orang ramai melaksanakan majlis korban sempena Aidiladha di Jalan Matang-Laruh Skim dekat sini gempar seketika apabila seekor lembu yang hendak disembelih tiba-tiba mengamuk sebelum melarikan diri di sini semalam.
Malah, dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, lembu tersebut yang terlepas daripada ikatan juga bertindak agresif apabila mengejar beberapa penduduk yang berada di situ.
Lebih malang lagi, dalam situasi kelam-kabut itu lembu berkenaan kemudian terjatuh ke dalam parit sedalam lima meter sebelum menemui ajal di situ.
Salah seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Mohd. Safri, 30, berkata, lembu korban itu tanpa disedari terlepas daripada ikatan ketika menanti giliran untuk disembelih.
Ceritanya, kejadian itu menyebabkan orang ramai yang menunggu giliran untuk mengambil daging korban bertempiaran lari menyelamatkan diri.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: