Monday, October 7, 2013

Johan As'ari Bangga Jadi Anak Ahli Politik


Johan As'ari
PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari tidak berhasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya iaitu Datuk As'ari Ibrahim yang bergiat aktif dalam dunia politik.
Sebaliknya, Johan, 27, berkata, dia lebih memilih bidang seni sebagai laluan untuknya menjadi ikon kepada masyarakat dan negara.
"Saya bangga dengan pencapaian bapa saya dalam bidang politik di mana saya membesar dengan dunia itu dan nampak bagaimana dia berjuang untuk masyarakat dan bangsa.
"Namun saya lebih selesa memilih kerjaya dalam bidang seni dan bagi saya melalui industri ini juga kita boleh jadi ikon dalam masyarakat," katanya kepada mStar Online.
Terbaharu, bapanya bakal bertanding sebagai Timbalan Ketua Bahagian Umno, Bukit Katil, Melaka pada pemilihan Umno yang bakal berlangsung 11 Oktober ini.
Sebelum ini, Datuk As'ari merupakan Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Jelas Johan, sebagai seorang anak, dia sentiasa menyokong perjuangan bapanya dengan terlibat dengan memegang jawatan sebagai Ahli Jawatan Kuasa Dewan Undangan Negeri Bukit Kecil Melaka.
"Saya sentiasa memberi sokongan kepada ayah dan berharap dia berjaya dalam pemilihan tersebut kerana bagi saya dia adalah perjuang bangsa.
"Sebagai selebriti saya juga aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan parti itu di kawasan saya dan baru-baru ini juga syaa ditawarkan untuk menjadi wakil belia negeri Melaka, namun ia masih lagi diperingkat perbincangan," jelasnya.
Walau Bagaimanapun, Johan berkata, dia tidak pernah menggunakan tiket bapanya sebagai orang berpengaruh untuk mendapatkan jalan mudah tanpa perlu berusaha.
"Bapa saya memang berpengaruh tapi sejak kecil saya lebih suka melakukan apa juga dengan sendiri tanpa menggunakan nama bapa.
"Seperti dalam bidang seni ini juga, saya perlu berkerja keras sendiri untuk berjaya tanpa menggunakan laluan mudah atau atas tiket VIP," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: