Friday, October 11, 2013

Dugaan Cinta Beri Shila Amzah Semangat


Shila Amzah ketika membuat persembahan.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah mengakui ujian cinta yang menjadi dugaan hidupnya banyak memberi semangat dan kekuatan dalam menempuh arus sebagai anak seni.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, berkata, perkara tersebut juga banyak mengajarnya menghargai erti kebebasan hidup dan menikmati masa bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat.
"Alhamdulillah semua dugaan perit yang terjadi telah membuat saya lebih kuat dan memberi semangat untuk saya menempuhi hari-hari seterusnya.
"Apa yang lebih penting ialah menghargai masa bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat tanpa perlu mengambil kira tentang individu lain," ujarnya ketika ditemui selepas persembahannya di Penthouse@ The Icon, di sini, Khamis.
Shila juga memberitahu banyak mencurahkan segala emosi dan perasaan yang dipendam ke dalam lagu-lagu ciptaannya menerusi album terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
"Ketika saya membuat lagu ini hati saya sedang sedih dan bagi saya lebih baik saya curahkannya segalanya menjadi lagu yang menggambarkan perasaan saya, itu lebih berfaedah," katanya yang sebelum ini pernah bercinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad.
Dalam persembahannya, Shila mempersembahkan lagu terbaharu berjudul Sedarciptaannya sendiri serta Maaf, Cinta Hati, Tulus dan Masih Aku Cinta.
Dia turut menyampaikan lagu-lagu medley nyanyian penyanyi Adele seperti Set Fire To The Rain dan Rolling In The Deep Rumous Has It.
Tambah Shila, persembahan itu sebagai persiapannya dalam perancangan konsert yang lebih besar pada tahun hadapan.
Turut hadir rakan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohammad Jiwa, Johan As'ari dan Nazim Othman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: