![]() |
HASHIM
|
KOTA BHARU - Seorang buruh dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana mencuri sehelai baju kemeja dari sebuah pasar raya di sini Sabtu lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman tersebut kepada Hashim Mat, 37, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Hashim didakwa mencuri sehelai baju kemeja jenama Monsieur Nicole Original di ruang promosi jualan hadapan pentas bangunan KB Mall pada pukul 3.20 petang, 12 Oktober lalu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: