
TELEFON pintar iPhone 5C berada di atas iPhone 5S dipamerkan di Pasar Raya Perabut Nebraska di Omaha, Amerika Syarikat pada 20 September lalu.
BEIJING - Syarikat Apple Inc. mengurangkan pengeluaran telefon pintar kerangka plastik, iPhone 5C sebulan selepas ia dilancarkan, kata sumber rapat dengan rangkaian pengeluaran firma dari Amerika Syarikat (AS) itu kelmarin.
Sumber berkenaan memberitahu, Apple meminta para pengilangnya ia akan mengurangkan tempahan pengeluaran iPhone 5C untuk tempoh tiga bulan terakhir tahun ini.
Firma Pegatron Corp yang memasang model iPhone 5C menyaksikan pengurangan pengeluaran sebanyak hampir 20 peratus.
Di Amerika Syarikat, telefon pintar iPhone 5C hanya murah AS$100 (RM314) seunit daripada telefon iPhone 5S.
Harga itu lebih murah daripada versi premium 5S yang bermula pada harga AS$649 (RM2,043) untuk model 16 GB.
Apple dijangka menjual antara 33 juta hingga 36 juta telefon pintar iPhone untuk suku keempat tahun ini.
Penerimaan telefon iPhone 5C di China tidak begitu mengalakkkan.
Beberapa bloger berkata, terdapat perbezaan harga yang kecil antara telefon iPhone 5C dengan 5S.
"Telefon iPhone 5C tidak terlalu murah untuk menarik perhatian para pelanggan yang boleh membeli 150 peralatan Android," kata seorang penganalisis telefon bimbit, Brian Colello.
Jurang harga itu akan menjadi lebih tinggi pada tahun depan kerana Apple dikenali akan mengurangkan harga model lama untuk meningkatkan jualan telefon bimbitnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: