Friday, April 5, 2013

Tujuh pewaris Yang

TUJUH beradik perlu bersatu demi menyelamatkan bapa mereka yang ditawan musuh dalam filem Saving General Yang.


LAYAR perak minggu ini membuka cerita antara dua puak bermusuh pada zaman Dinasti Song iaitu puak Yang dan Khitan.
Jeneral Yang menerajui kuasa ketenteraan ketika pemerintahan Dinasti Song bagaimanapun ditawan oleh Khitan yang diketuai Boyan dan memaksa ketujuh-tujuh anaknya untuk berjuang menyelamatkan tentera yang masih hidup.
Selain itu, sebuah filem romantik lakonan mantap Shaheizy Sam dan Nora Danish berjudul Dua Kalimah turut menemui penonton pada minggu ini.
Sebuah lagi filem tempatan berjudul Ghost Child bakal menemui peminat filem seram. Ghost Child mengisahkan seorang wanita bernama Na yang memelihara toyol telah mengucar-kacirkan keluarga suami yang baru dikahwininya.
Dalam pada itu, sebuah filem sains fiksyen adaptasi The Host arahan Andrew Niccol turut menemui penonton.
Ghost Child
Tarikh tayangan: 4 April 2013
Durasi: 1 jam 28 minit
Genre: Ngeri, seram
Pengarah: Gilbert Chan
Pelakon: Chen Hanwei, Jayley Woo dan Carmen Soo
Sinopsis: Kim, seorang remaja berumur 15 tahun mengalami tekanan jiwa. Puncanya, dia tidak dapat menerima hakikat kematian ibunya beberapa tahun lalu dan sukar menyesuaikan diri di sekolah baharunya. Pada masa sama, ayahnya, Choon, membuat keputusan untuk berkahwin lagi dengan seorang wanita, Na yang berasal dari sebuah kampung terpencil di Indonesia. Na tidak disukai keluarga baharunya itu termasuk ibu mertuanya, Lee.
Malah, kedatangannya telah memulakan beberapa insiden seram di rumah tersebut. Keadaan semakin pulih apabila Na mengandung.
Namun, tragedi berlaku apabila Lee ditimpa cedera teruk dan mendapat tahu Na memelihara seekor toyol.
KEHADIRAN orang baharu dalam keluarga membuatkan kehidupan mereka semakin bergolak dihidangkan dalam filem Ghost Child.


Dua Kalimah
Tarikh tayangan: 4 April 2013
Durasi: 1 jam 30 minit
Genre: Romantik
Pengarah: Eyra Rahman
Pelakon: Shaheizy Sam, Nora Danish dan Yana Samsudin
Sinopsis: Dua Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, iaitu Aiman (Sam) dan gadis kacukan bernama Selena (Nora) yang pulang ke kampung halaman Aiman.
Sepanjang perjalanan, mereka berdua menyaksikan tiga kematian berlainan dan melihat azab Allah kepada si mati yang pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan derhaka kepada ibu ketika hidup mereka. Selena yang takut melihat kematian tersebut menganggapnya sebagai petanda Allah menyuruh mereka bertaubat.
Malah, Selena berharap Aiman yang tinggi ilmu agamanya akan membawanya kembali ke jalan Allah. Namun, akidah mereka semakin terpesong.
Saving General Yang
Tarikh tayangan: 4 April 2013
Durasi: 1 jam 50 minit
Genre: Aksi, epik
Pengarah: Ronny Yu
Pelakon: Adam Cheng, Xu Fan, Ekin Cheng, Yu Bo, Wu Chun dan Vic Chou
Sinopsis: Saving General Yang menceritakan epik tentera terkenal Dinasti Song yang diketuai puak Yang. Mereka mempertahankan negara daripada serangan nomad negara Utara, Liao, yang juga dikenali sebagai Khitan dalam sejarah China. Ketua puak Yang ialah jeneral veteran yang berkarisma, Yang Ye dan mempunyai tujuh anak lelaki bernama Ping, Ding, Ang, Hui, De, Zhao dan Si. Kesemua mereka mempunyai sikap dan sifat yang berlainan tetapi harus bekerjasama apabila ayah mereka ditawan tentera musuh.
DUA Kalimah menyaksikan pasangan kekasih yang ingin bertaubat.


The Host
Tarikh tayangan: 4 April 2013
Durasi: 2 jam 10 minit
Genre: Ngeri, sains fiksyen
Pengarah: Ronny Yu
Pelakon: Andrew Niccol
Pelakon: Saoirse Ronan, Jake Abel, Diane Kruger dan Max Irons
Sinopsis: Makhluk asing dari planet lain yang dipanggil Souls menyerang Bumi dan mula mengambil alih badan dan minda manusia. Badan Melanie Stryder didiami seorang Souls bernama Wanderer tanpa kerelaannya. Wanderer terpaksa bekerjasama dengan Melanie untuk mencari rakan-rakannya. Mereka merupakan kumpulan pemberontak terakhir di Bumi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: