Monday, April 29, 2013

Karnival Semarak Syariah capai objektif


SEBAHAGIAN peserta Larian Semarak Syariah mula berlari sebaik dilepaskan pada hari terakhir Karnival Semarak Syariah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Karnival Semarak Syariah secara rasmi melabuhkan tirainya semalam sekali gus mencapai objektifnya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai akta-akta jenayah syariah terutama masalah akidah selain menyebar ilmu agama.
Penolong Pengarah Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Nik Suhaila Nik Muhammad berkata, dengan anggaran hampir 5,000 pengunjung yang datang sejak karnival bermula tiga hari lalu, pihaknya optimis dapat mendedahkan kesalahan dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Akta 559) dan memahami jenis-jenis masalah akidah.
“Yang paling penting, masyarakat perlu tahu yang mereka harus memainkan peranan untuk menghalang jenayah syariah daripada terus berlaku.
“Selain itu, kita juga berharap masyarakt dapat membanteras gejala maksiat dan menerapkan di dalam fikiran bahawa betapa kejinya melakukan jenayah syariah di dalam Islam,” katanya di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: