Monday, April 29, 2013

Tanam 25,000 pokok karas


ZAKARIA menanam pokok karas sambil diperhatikan Azlam (kiri) dan Jalaluddin (tengah) di UPSI, Tanjung Malim, Perak semalam.


TANJUNG MALIM – Sebanyak 25,000 pokok jenis karas atau lebih dikenali sebagai pokok gaharu akan ditanam di kawasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini melalui inisiatif Program Penghijauan Bumi yang dianjurkan oleh Tesco Store (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).
Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa berkata, pokok karas merupakan antara spesies yang terkenal sebagai bahan untuk minyak wangi itu akan ditanam secara berperingkat dalam tempoh setahun di Kampus Sultan Azlan Shah di sini.
“Komitmen Tesco menaja benih pokok karas dan kesediaan MTIB menyediakan kepakaran sangat dihargai memandangkan UPSI sendiri sedang menuju ke arah kampus yang bakal ada persekitaran hijau.
“UPSI juga menyediakan kira-kira 10 hektar tanah bagi tujuan ini dan saya percaya lebih ramai warga universiti menyedari kepentingan alam sekitar,” katanya selepas merasmikan program berkenaan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: