Nas, 27, berkata, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi mendapat perhatian peminat, dia menganggap perkara itu sebagai satu cabaran buatnya sebelum mengecap kejayaan.
"Saya pernah kena tipu dan bermacam-macam lagi sepanjang jadi artis sebagai usaha untuk bakat sebagai penyanyi diberi perhatian oleh peminat namun gagal.
"Tetapi itu bukan bererti saya perlu mengalah kerana ia sebenarnya membuatkan diri saya lebih kuat," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Nas berkata, walaupun tidak popular namun dia bersyukur undangan nyanyian sentiasa ada malah adakalanya terpaksa menolak kerana jadual yang padat.
"Mungkin wajah saya tidak selalu muncul di televisyen jadi orang tidak perasan. Tetapi Alhamdulillah undangan nyanyian masih ada," katanya yang baru sahaja selesai membuat persembahan bersama Jamal Abdillah di beberapa buah negeri.
Sementara itu, Nas berkata tumpuannya juga terletak kepada studio tariannya yang diusahakan sejak akhir tahun lalu dan bersyukur ia mendapat sambutan baik.
Dalam perkembangan lain, Nas kini sedang sibuk dengan pementasan teater Hantu Ke Tapah yang akan dipentaskan di Pulau Langkawi, Kedah pada Jun depan.
Selain Nas, teater tersebut turut dilakonkan oleh Ezad Lazim, Aliff (AF), Ani Mayuni dan Fairus Selamat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: