Friday, April 5, 2013

Sihat di Body Work Fitness


HASLINDA menjanjikan perkhidmatan terbaik dan eksklusif kepada para pelanggan.


MENGUNJUNGI pusat kecergasan atau rawatan kecantikan sudah menjadi kelaziman kepada golongan muda yang tinggal di bandar-bandar besar.
Permintaan tinggi tersebut seiring dengan kewujudan banyak pusat kecergasan yang dilengkapi kemudahan moden dan canggih.
Begitu juga pengusaha-pengusaha spa, tidak mahu kalah dalam menarik perhatian pelanggan dengan memperkenalkan pelbagai pakej rawatan, kemudahan dan suasana premis yang menarik.
Bagaimanapun, di Body Work Fitness & Singgahsana Spa yang terletak di Hotel Thistle, Johor Bahru, Johor menawarkan kedua-dua perkhidmatan tersebut dalam suasana yang eksklusif.
Perkhidmatan terbaik
Pengurus pusat tersebut, Haslinda Mohd. Eunos, 41, memberitahu, pihaknya menjanjikan perkhidmatan terbaik dan eksklusif kepada para pelanggan, tambahan pula lokasi pusat tersebut di hotel yang menjadi tumpuan tetamu dari dalam dan luar negara.
“Pusat kecergasan ini dilengkapi kemudahan dan peralatan canggih daripada jenama terkenal seperti Life Fitness. Penggunaan alat-alat senaman yang canggih membolehkan para pelanggan meningkatkan kecergasan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara menyeronokkan.
“Dalam kalangan pelanggan kami juga terdapat pesakit-pesakit yang menjalani senaman fisioterapi. Pusat ini juga sesuai bagi golongan yang ingin membina otot-otot di badan sambil menyaksikan pemandangan kolam renang.

ADUNAN minyak aroma terapi buatan sendiri membuatkan urutan anda menjadi lebih menyeronokkan.


“Para pelanggan juga boleh menghadiri kelas-kelas seperti Zumba (tarian seumpama salsa), pilate dan kickboxing,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Antara kemudahan lain yang disediakan ialah sauna, stim, peti simpanan barang, tuala, jakuzi dan bilik mandi. Keahlian pusat kecergasan tersebut adalah antara RM1,200 hingga RM2,200 setahun dan harga tersebut agak mahal berbanding pusat kecergasan lain di pusat bandar raya Johor Bahru.
Menurut Haslinda, harga keahlian lebih mahal ekoran pusat kecergasan itu disasarkan kepada golongan korporat selain memberikan nilai eksklusif terhadap pusat tersebut.
“Para pelanggan kami, bukan sahaja tetamu hotel malah penduduk di sekitar bandar raya ini terutamanya mereka yang ingin bersenam atau membina otot dalam suasana eksklusif,” katanya.
Manjakan diri
Setelah penat membina otot dan meningkatkan kecergasan badan, Singgahsana Spa menawarkan rawatan urutan minyak aroma terapi yang dihasilkan sendiri oleh Haslinda.
Lebih menarik, perkhidmatan ditawarkan dalam suasana cahaya lampu yang samar-samar sambil bertemankan semarak haruman pati bunga terpilih yang menyegarkan.

PELANGGAN boleh memilih urutan badan menggunakan teknik Thailand, Melayu atau Bali.


Antara pilihan perkhidmatan termasuk sauna aroma terapi dan sauna herba serta rempah-ratus selain urutan kaki, kuku, mata bersama rawatan muka secara organik.
"Bagi memenuhi kepuasan para pelanggan, mereka boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan urutan badan sama ada menggunakan teknik Thailand, Melayu atau Bali.
"Rawatan dilakukan oleh pakar terapi profesional dan diadakan di bilik rawatan persendirian bagi menimbulkan rasa seronok dan kedamaian pengunjung," katanya.
Penduduk setempat
Walaupun pusat kecergasan dan spa tersebut menyasarkan pelanggan dalam kalangan ahli korporat, Haslinda berkata, pihaknya tidak melupakan penduduk setempat khususnya yang bekerja dan tinggal di bandar raya itu.
Para pelanggan tempatan ditawarkan pakej-pakej promosi antaranya RM100 bagi perkhidmatan urutan selama sejam termasuk setengah jam bagi stim, sauna dan jakuzi.
Bagi sebarang pertanyaan hubungi talian 012-716 6753 atau 07-2213121.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: