Friday, April 26, 2013

Sasar lebih 100,000 pengunjung


MOHAMMAD menunjukkan sebahagian produk keluaran usahawan bumiputera dijual sempena Ekspo Windows To The World di Shah Alam semalam.


KUALA LUMPUR – Lebih 100,000 pengunjung dijangka membanjiri Ekspo Windows To The World Wilayah Persekutuan yang akan diadakan di Aras 2, Stesen Sentral di sini selama lima hari bermula hari ini.
Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Wilayah Persekutuan, Teh Arfah Kamarul Zaman (gambar kecil) berkata, ekspo itu bertujuan untuk membantu usahawan industri kecil dan sederhana memantapkan perniagaan masing-masing.
Selain itu, ekspo itu juga memainkan peranan sebagai ‘jambatan’ antara agensi-agensi kerajaan dengan usahawan.
“Ia juga satu platform untuk produk usahawan bumiputera ke pasaran tempatan dan antarabangsa. Ini adalah peluang usahawan kecil melebarkan sayapnya perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya di sini semalam.
Ekspo Windows To The World dianjurkan oleh Mara dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah manakala Kosmo! pula menjadi akhbar rasmi ekspo yang diadakan bermula pukul 7.30 pagi sehingga 7.30 malam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: