Saturday, April 27, 2013

4,000 Outlander plug-in hybrid ditarik balik


MODEL hibrid ini dikatakan mengalami masalah program kawalan komputer automatik.


MITSUBISHI Motors Corp. baru-baru ini memanggil semula sebanyak 4,000 unit SUV Outlander plug-in hybrid kerana wujud kemungkinan program kawalan komputer automatiknya mengalami kerosakan dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Jurucakap Mitsubishi, Namie Koketsu memberitahu, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan setakat ini.
Menurut laporan akhbar Bloomberg Businessweek, sebelum ini Mitsubishi ada memanggil balik model sama kerana masalah bateri lithium-ion.
Dalam perkembangan sama, Mitsubishi memanggil semula 18 unit Outlander plug-in hybrid di Jepun kerana satu pembekal memberitahu ada komponen tidak dipasang dengan sempurna.
Sebanyak 14 buah kenderaan mengalami masalah generator. Sementara bakinya berdepan masalah motor hadapan.
Outlander plug-in hybrid mula dijual di Jepun 24 Januari lalu. Sehingga kini, sebanyak 4,305 unit model itu sudah dijual.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: