Monday, April 29, 2013

Vergnaud berusaha tambah bilangan cheetah


VERGNAUD bergambar bersama seekor cheetah di kawasan persendirian miliknya di Inverdoom, Afrika Selatan pada 22 Mac lalu.


JOHANNESBURG, Afrika Selatan – Seorang pemilik sebuah hutan simpan persendirian di Inverdoom 200 kilometer dari timur Cape Town memelihara beberapa ekor cheetah untuk menambahkan bilangan haiwan itu.
Pemilik hutan itu, Damien Vergnaud memelihara sejumlah haiwan tersebut di kawasan seluas 100 hektar.
“Kami berharap akan dapat membebaskan tiga ekor cheetah ke kawasan habitat liar,” katanya.
Bilangan haiwan itu yang boleh berlari sehingga 120 kilometer sejam kini berjumlah 10,000 ekor yang hidup liar.
Terdapat sejumlah kecil haiwan itu hidup di Iran.
Pada awal abad ke-20, terdapat kira-kira 100,000 ekor cheetah di Afrika, Asia Barat dan di beberapa buah negara di Asia.
Menurut pakar-pakar, haiwan itu mungkin akan pupus menjelang tahun 2030 jika tiada usaha dibuat untuk menambahkan bilangan cheetah.
Cheetah gagal menandingi kekuatan singa dan harimau bintang semasa memburu haiwan untuk dijadikan makanan di dalam hutan.
Haiwan-haiwan yang telah mati diburu cheetah akan dicuri oleh singa dan binatang lain.
Terdapat kes cheetah akan terbunuh semasa perebutan makanan itu berlaku.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: