Sunday, April 28, 2013

Laluan Yoona

YOONA


DALAM kalangan anggota kumpulan Girls Generation yang popular dikenali sebagai SNSD, gadis ini mendapat jolokan Him Yoona atau ‘Yoona yang kuat.’ Ia berikutan Yoona memiliki ketahanan fizikal paling mantap berbanding rakan-rakannya.
Kisahnya sebagai seorang bintang K-Pop sebenarnya bermula sejurus dia tamat persekolahan. Gadis berumur 22 tahun itu kemudian mengikuti uji bakat dalam SM Saturday Open Casting pada 2002 untuk mencuba nasib sebagai penghibur.
Bermula dari situ, dia menggilap bakat dengan menandatangani kontrak bersama SM Entertainment sebagai artis pelatih.
Setelah lima tahun mengumpul ilmu dalam bidang hiburan, gadis yang tingginya 168 sentimeter itu akhirnya menjadi salah seorang ahli Girls Generation pada 2007. Sejak dari itu, nama Yoona melonjak menjadi antara bintang paling popular dan berbakat di Korea Selatan.
Semakin hari, rezeki Yoona dalam bidang pengiklanan juga bertambah meriah apabila terlibat sebagai model dalam beberapa iklan produk seperti elektronik, minuman dan kosmetik.
Terkini Yoona bersama enam bintang K-pop lain seperti Siwon dari Super Junior, dan Minho (SHINee) menandatangani kontrak untuk menjadi model bagi syarikat SK Telecom.
Selain itu dia juga terlibat dalam beberapa buah drama seperti You Are My Destiny, Cinderella Man, Unstoppable Marriage dan Love Rain.
Yoona dan Jang Geung-suk dilihat begitu serasi ketika berlakon. Saat mengimbas kembali aksi bercumbu mereka di hadapan bukit dalam drama Love Rain, Yoona ternyata masih malu dengan aksi itu.
“Saya sangat malu pada ketika itu. Tetapi saya tidaklah terlalu berdebar-debar kerana Geun-suk dan saya saling selesa dengan satu sama lain,” kupas Yoona yang dinobatkan sebagai Aktres Baharu Terbaik menerusi drama You Are My Destiny pada 2008.
Di Malaysia, Love Rain kini menemui penonton di saluran 8TV bermula 30 Mac lalu. Drama yang mencipta hits sebaik sahaja menemui penonton pada tahun tahun 2012 itu disiarkan setiap Sabtu pukul 6.30 malam. Love Rain juga menjadi kerja lakonan terakhir Yoona untuk memberi laluan kepada perjalanan muzik bersama SNSD.
Kesibukan kerja membataskan gadis muda itu untuk membina cinta. Namun, kata Yoona dia tidak teragak-agak untuk menerima kehadiran seorang jejaka dalam hidupnya apabila masa sudah tiba.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: