Saturday, April 27, 2013

Dadah ditemui di dalam bas Bieber


GAMBAR pada 23 April lalu menunjukkan bas yang digunakan Justin Bieber berada di luar Hotel Grand di Stockholm, Sweden.


STOCKHOLM - Polis Sweden menyatakan kelmarin bahawa mereka menemui sejumlah kecil ganja di dalam sebuah bas jelajah yang digunakan oleh bintang pop remaja, Justin Bieber.
Dadah itu ditemui ketika penyanyi berusia 19 tahun itu membuat persembahan di Arena Globen, di sini.
"Kami menjalankan pemeriksaan terhadap bas Bieber dan menemui sejumlah kecil ganja," kata jurucakap polis Stockholm, Lars Bystroem kepada AFP.
Pihak berkuasa menemui ganja berkenaan sekitar pukul 8 malam pada Rabu lalu dalam satu serbuan ke atas sebuah bas yang diletakkan di luar lokasi konsert.
Namun, tiada orang di dalam bas tersebut apabila polis membuat serbuan dan polis turut menyatakan tiada sebarang tangkapan dibuat.
Serbuan dilakukan selepas beberapa pegawai keselamatan sekitar hotel Bieber menginap membuat aduan tentang bau ganja yang kuat dari bas terbabit.
Pada Januari lepas, Bieber pernah mencetuskan kontroversi apabila satu gambarnya yang menghisap rokok berisi ganja di sebuah parti di California tersebar di internet.
Dia juga dilihat menghisap rokok ganja di sebuah kedai kopi terkenal di Amsterdam, Belanda pada Mac lepas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: