Saturday, April 27, 2013

Tentera Syria terus gempur pinggir Damsyik


RAKAMAN yang disiarkan stesen televisyen Shaam News Network menunjukkan bandar Daraya dekat Damsyik dibedil tentera Syria kelmarin.


DAMSYIK - Pertempuran terbaru meletus di pinggir ibu kota Damsyik semalam apabila tentera Syria menyerang pihak penentang di utara, selatan dan timur dengan disokong kereta kebal serta pasukan militia, kata sebuah kumpulan pemerhati.
"Beberapa pertempuran tercetus di daerah Barzeh melibatkan tentera Syria dengan Tentera Pembebasan Syria," kata kumpulan Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia.
Menurut kumpulan pemerhati tersebut, kawasan di utara bandar raya ini turut dibedil kereta kebal tentera.
Tambahnya, pasukan militia dibawa dari daerah Esh Al-Warwar yang dihuni penduduk minoriti Alawite iaitu puak Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Kebanyakan pejuang penentang merupakan penduduk majoriti Syria yang mengamalkan ajaran Sunnah.
Pejuang penentang dan tentera turut bertempur di be berapa kawasan di selatan ibu kota dan pinggir bandaraya ini.
Di timur bandar raya ini, pertempuran tercetus di daerah Jobar yang dikuasai oleh pihak penentang.
Dalam keganasan kelmarin, sekurang-kurangnya 130 orang terbunuh termasuk 27 askar dan 50 pejuang penentang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: