Friday, April 5, 2013

Masak Maggi dalam periuk nasi


KAKITANGAN Maggi menunjukkan demo masakan Magic Meals menggunakan periuk nasi.


RUANG makan di sebuah restoran di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur bukan sahaja sesak dengan kehadiran media dan tetamu, bahkan periuk nasi di atas meja.
Pentas pelancaran juga turut dihiasi replika periuk nasi di samping dua set dapur. Dapur pertama sebuah periuk nasi dan dapur kedua dengan kuali.
Penyediaan peralatan tersebut sebenarnya sebahagian daripada gimik pelancaran Maggi Magic Meals, Cara Baharu Menyediakan Hidangan Lazat Dengan Periuk Nasi Anda, Bagaikan Magik.
Diperkenalkan oleh syarikat makanan, Nestle, Maggi Magic Meals merupakan satu lagi inovasi masakan terbaharu oleh Nestle menggunakan kaedah masakan mudah, cepat dan sihat.
Pada awal acara sebagai memperkenalkan produk Maggi Magic Meals, para pengunjung dipertonton dengan drama singkat berkenaan dua situasi masakan, menggunakan Maggi Magic Meals dan cara masakan tipikal.
Ternyata, drama tersebut membuktikan betapa Maggi Magic Meals bukan sahaja menjadi inovasi produk yang memuaskan selera, tetapi mudah dan sihat.
Maggi mahu para ibu memenuhi selera keluarga mereka dengan inspirasi resipi yang lazat melalui hidangan yang disediakan di rumah.
Beg masakan selamat
“Rangkaian baharu, Maggi Magic Meals menjadi satu-satunya produk di Malaysia yang direka khas untuk dimasak di dalam periuk nasi. Ia merupakan cara masakan yang unik apabila lauk diletakkan di dalam beg masakan Maggi dan dimasak bersama nasi di dalam periuk nasi.
“Beg masakan Maggi adalah selamat untuk dimasak serta mematuhi peraturan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) FDA serta tahan haba.
“Malah, masakan dengan beg masakan Maggi juga membantu mengekalkan rasa serta khasiat daging dan sayuran untuk menjadikan hidangan lebih lazat,” kata Pengurus Jenama Unit Perniagaan Makanan, Nuraina Tajuddin.

DYNAS dan Sheahnee turut kelihatan teruja dengan cara masakan baharu oleh Maggi.


Beliau berkali-kali menekankan bahawa beg yang bakal diguna itu selamat dan para ibu khususnya, tidak perlu risau terhadap kesannya.
Nuraina berkata, pihaknya mahu para ibu yang sibuk, bapa yang mahu membuat kejutan kepada keluarga, anak-anak yang mahu berdikari memasak sendiri atau individu yang mahu memudahkan aktiviti memasak untuk mencuba produk baharu itu.
Menerangkan secara lanjut tentang khasiat dan cara penyediaan, satu demo khusus turut disediakan kepada para tetamu yang hadir pada majlis pelancaran tersebut.
Berbekalkan hanya ayam mentah, beberapa potongan hirisan bawang berbentuk bulat dan serbuk Maggi Magic Meals semuanya dimasukkan ke dalam plastik masakan Maggi.
“Langkah pertama adalah menambah daging dan bawang ke dalam beg masakan Maggi bersama dengan perencah Maggi Magic Meals. Kemudian ikat beg masakan dan gaulkan dengan sebati. Selepas itu, letakkan beg di atas beras di dalam periuk nasi dan masak. Kemudian, hidangan sedia untuk dinikmati,” kata Nuraina.
Tiga jenis pilihan
Masakan itu mengambil masa 45 minit, seiring dengan masa memasak nasi sebelum dihidang kepada tetamu yang hadir.
Memperkenal tiga resipi kegemaran rakyat Malaysia, Maggi Magic Meals boleh didapati dalam perasa Kari Ayam Beraroma, Savouri Ayam Masak Merah dan Ayam Kicap Berempah. Setiap paket itu dijual pada harga RM3.95 sepaket.

SHEAHNEE mengakui Maggi Magic Meals kini memberinya lebih banyak peluang memasak untuk keluarga.


Turut kelihatan pada majlis pelancaran tersebut ialah pelakon, usahawan dan ibu kepada dua orang anak, Dynas Mokhtar.
“Saya berusaha meluangkan masa untuk menyediakan masakan di rumah untuk suami dan anak-anak walaupun jadual saya sibuk. Saya amat kagum dengan inovasi baharu yang dilancarkan oleh Maggi,” kata Dynas.
Ditanya tentang rejim masakan baharu beliau bersama produk inovasi Maggi, Dynas mengakui dapat memasak untuk keluarga dengan lebih kerap kerana cuma perlu masukkan beg masakan Maggi di dalam periuk nasi bersama beras.
“Menariknya, ia juga menjadi pilihan berkhasiat kerana tidak perlu menggunakan minyak. Tambahan pula, sambil menunggu hidangan siap, saya dapat meluangkan masa untuk melakukan kerja lain,” kata Dynas.
Seorang lagi selebriti, Sheahnee Iman Lee juga berpuas hari dengan produk inovasi, Maggi Magic Meals.
“Maggi Magic Meals dapat menjimatkan masa penyediaan untuk memasak, di samping resipi kegemaran saya menjadi lebih lazat dan penuh rasa,” katanya pula.
Pihak Nestle turut mengadakan pertandingan pos istimewa dengan periuk nasi dan Maggi Magic Meals kepada para tetamu. Lima orang pemenang membawa pulang hamper produk Maggi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: