GEORGE TOWN – Siapa sangka, di sebalik kehebatan Pulau Pinang dengan pelbagai mercu tanda menarik, rupa-rupanya tanpa disedari wujud satu kawasan yang didominasi warga Bangladesh di tengah-tengah pusat bandar raya ini sehingga dikenali sebagai ‘Mini Dhaka’.
Jika sebelum ini deretan kedai lama di Jalan Gurdwara di sini menjual peralatan rumah, kedai membaiki basikal serta kedai runcit, kini ia telah digantikan dengan kedai menjual pelbagai barangan keperluan warga Bangladesh termasuk kedai makan.
Tinjauan Kosmo! di sepanjang jalan itu mendapati lebih 10 premis makanan, minuman, runcit, kedai menjual peralatan telekomunikasi serta pertukaran mata wang asing diusahakan warga Bangladesh.
Setiap hari, beberapa kedai di situ yang diuruskan oleh warga Bangladesh tidak putus-putus dikunjungi rakan-rakan senegara termasuk bersantai di kaki lima sambil berbual kosong atau menghabiskan masa lapang selepas bekerja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: