Suasana bilik mandi anda pasti ceria dengan tisu wangian, Kleenex Ultra Soft Fresh PETALING JAYA: Kleenex jenama tisu muka no.1 di dunia, tampil memperkenalkan pengalaman baru yang menyegarkan kediaman anda dengan, Kleenex Ultra Soft Fresh.
Ia dihasilkan dengan gabungna keselesaan dan kelembutan terbaik serta kemewahan untuk anda dan keluarga yang turut dilengkapi dengan wangian segara semulajadi dan dicetak dengan corak bunga-bungaan.
Kleenex Ultra Soft Fresh turut didatangkan dalam pek jumbo yang mempunyai 20 gulung tisu mandi wangian dengan harga jualan RM33.10Bukan itu sahaja jenama Kleenex sememangnya terkenal dengan kualiti tisu yang amat lembut, kuat dan lebih menyerap.
Rumusan 3 helainya kekal kuat walaupun dalam keadaan basah sekaligus memberi penjagaan yang lembut dan berkesan kepad anda sekeluarga.
Menurut Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Sumeet Parab, sebagai peneraju yang berpandangan jauh dalam kategori tisu Kleenex adalah produk yang mementingkan kualiti dan inovasi.
Kleenex Ultra Soft Fresh turut didatangkan pek jumbo, dengan 10 gulung tisu mandi wangian dan dijual pada harga RM17.95"Kami berusaha untuk lebih memahami keperluan pelanggan kami. Dalam kajian yang dijalankan, kami mendapati sedikit kesegaran tambahan dapat memberi kesan positif yang mendalam kepada rutin harian sesesorang.
"Kleenex Ultra Soft Fresh adalah satu-satunya tisu mandi wangian yang pertama di pasaran. Ia mampu memberikan sentuhan kelembutan istimewa dan kekuatan yang hanya dapat diberikan oleh Kleenex. Jadi anda mesti mencuba untuk mempercayainya!," katanya.
Kleenex Ultra Soft Fresh boleh didapati di semua pasar raya dalam pek 10 gulung dan 20 gulung dan setiap satu dijual pada harga RM17.95 dan RM 33.10.
Lebih istimewa, Kleenex turut mengadakan peraduan 'Kleenex Refresh Your Bathroom' pada bulan September ini dan maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi di laman sosial, www.facebook.com/Kleenex.Malaysia.
Anda berpeluang memenangi tiga hadiah utama bernilai lebih daripada RM40,000.
Ia terdiri daripada pengubahsuaian bilik mandi professional bernilai RM10,000, bekalan tisu wangian Kleenex Ultra Soft Fresh baru selama setahun dan liputan eksklusif dalam majalah Parenthood.
Apa yang perlu anda lakukan adalah menjelaskan kepada kami kenapa anda perlukan bilik mandi anda 'disegarkan' oleh Kleenex.
Usah berlengah lagi, hantarkan jawapan yang paling kreatif untuk memenangi peluang menyegarkan bilik mandi anda!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan, Kimberly-Clark di 1-800-82-118 pada setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: