PRESTASI cemerlang Pandelela di peringkat dunia dijangka menjadi sandaran untuk atlet itu memberi cabaran sengit bagi mengejar kejuaraan acara terjun 10 meter. |
KUALA LUMPUR – Malaysia kini meletakkan harapan kepada ratu terjun, Pandelela Rinong untuk merealisasikan impian emas sulung kontinjen negara pada temasya Olimpik London 2012.
Atlet kelahiran Sarawak itu beraksi dalam acara 10 meter platform individu di Pusat Akuatik Olimpik, London untuk acara saringan awal pagi tadi.
Jika pemenang pingat perak Kejohanan Dunia di Moscow pada 2011 itu berjaya mengatasi saingan sengit acara itu dan meraih emas, ia akan mencatat prestasi terbaik negara dalam sejarah penyertaan selama 56 tahun dalam temasya Sukan Olimpik.
Sebelum ini, jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas dalam perlawanan sengit acara perseorangan badminton menentang musuh tradisinya dari China, Lin Dan.
Walaupun ketandusan pingat, ramai atlet Malaysia tetap cemerlang seperti pemanah, Khairul Anuar Mohamad yang berada dalam lapan pemanah terbaik dunia, begitu juga dengan kemampuan Mohd. Azizulhasni berada dalam enam pelumba terhandal Olimpik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: