Monday, May 7, 2012

Valeria Lukyanova

Antara gambar kasual Lukyanova tanpa solekan.

TREND untuk menjadi anak patung bernyawa kini semakin berkembang di Internet, malah tidak keterlaluan jika dikatakan telah menjadi satu kegilaan sejak akhir-akhir ini.

Sebelum ini hanya bintang-bintang filem yang menjadi idola atau ikutan, tetapi kini anak patung turut menjadi sumber inspirasi.

Terbaru, seorang model di Ukraine, Valeria Lukyanova telah memilih untuk menjadi seperti anak patung popular, Barbie.

Lukyanova, 21, sanggup menjalani pembedahan semata-mata untuk kelihatan serupa dengan anak patung Barbie itu.

Usahanya itu tidak sia-sia kerana dia kini berjaya menjadi manusia yang paling mirip dengan anak patung Barbie.

Dengan mata yang mempunyai pandangan kosong, pinggang yang ramping, rambut lurus berwarna perang muda dan payu dara yang besar, dia kini anak patung Barbie yang bernyawa.

Dia turut menjadi 'wanita paling popular di laman-laman web berbahasa Rusia', manakala videonya di YouTube, Amatue telah ditonton oleh berjuta-juta pengguna.

Namun untuk kelihatan seperti Barbie bukanlah mudah bagi Lukyanova kerana dia terpaksa menjalani pembedahan yang sukar.

Dia juga perlu menghabiskan masa yang lama untuk bersolek supaya memiliki kulit dan mata yang besar seperti anak patung popular itu.

Untuk mendapatkan payu dara yang besar pula, dia menjalani pembedahan plastik dengan pakar bedah menggunakan pam untuk membesarkan buah dadanya.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada Lukyanova benar-benar wujud atau ia hanya sekadar teknik penggambaran sahaja.

Bagi membuktikan kewujudannya, model Ukraine ini telah melampirkan lebih banyak gambarnya tanpa solekan di akaun Facebooknya.

Keinginannya untuk menjadi anak patung bernyawa mungkin tercapai tetapi bukan semua pihak menyukai tindakannya itu yang sanggup menjalani pembedahan semata-mata untuk kelihatan seperti anak patung Barbie.

Seorang pengguna Twitter menyatakan, rupa Lukyanova bukan sahaja kelihatan hodoh tetapi juga mengarut.

Seorang lagi pengguna Twitter turut menyifatkan ketaksubannya untuk kelihatan seperti Barbie sebagai sesuatu yang tidak sihat dan seorang lagi menyatakan, wanita yang sangat sempurna adalah membosankan.

Lukyanova bagaimanapun bukanlah orang pertama yang cuba mengubah dirinya untuk kelihatan seperti anak patung Barbie.

Sebelum ini, seorang wanita Britain membayar sejumlah AS$800,000 (RM2.5 juta) untuk melakukan pembedahan plastik supaya kelihatan seperti anak patung yang terkenal di seluruh dunia ini.

Dia juga dilaporkan berjaya dalam kerjayanya dalam bidang pemasaran dengan kelihatan seperti Barbie.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: