|
LONDON, United Kingdom (UK) - Harga bilik hotel dan rumah tumpangan di ibu kota UK dijangka melambung tinggi menjelang temasya sukan Olimpik 2012 di sini Julai depan.
Harga bilik hotel bajet Hotel Travelodge yang terletak berdekatan Stadium Olmpik di sini melonjak daripada £50 (RM246) kepada £270 (RM1,332) semalam lewat Julai depan.
"Harga sewa bilik hotel tidak akan turun," kata presiden sebuah persatuan industri perhotelan tempatan, David Roche.
Menurutnya, harga tinggi itu bukan bermakna pemilik hotel menjadi tamak tetapi mereka perlu menampung kerugian akibat kelembapan ekonomi yang melanda Britain pada masa ini.
Selain hotel dan rumah tumpangan, pemilik kediaman di sini turut mengambil kesempatan menyewakan hartanah mereka pada harga tinggi.
Sewa yang dikenakan pula berbeza daripada serendah £75 (RM370) sehari untuk bilik flat kepada hampir £20,000 (RM98,714) untuk sewa sebuah rumah bandar selama seminggu.
Seorang wanita, Marina Usher Mazur memberitahu, dia menyewakan sebuah kediaman kedua tiga bilik di sini pada kadar £6,000 (RM29,614) sepanjang temasya sukan terbesar dui dunia itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: